Terima atau tolak peletakan jawatan Akmal, itu hak prerogatif saya – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh menantikan surat rasmi peletakan jawatan daripada Datuk Dr Akmal Saleh.

Meskipun menghormati keputusan itu, Ab Rauf mengingatkan Akmal bahawa, peletakan jawatan itu diterima atau sebaliknya adalah prerogatif mutlak beliau sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Buat adikku YB Dr Akmal, saya menghormati pengumuman dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Dr Akmal berhubung hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka pada ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2025, hari ini.

“Namun, sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka, setiap keputusan berkaitan pentadbiran negeri perlu dibuat secara bijak, matang dan berpaksikan kepentingan rakyat Melaka secara keseluruhan.

“Saya menghormati semangat dan cara YB Merlimau ‘berkarya’ dengan roh dan idealisme Pemuda yang lantang, berani dan penuh semangat perjuangan.

“Saya menantikan surat rasmi peletakan jawatan daripada Akmal. Sama ada peletakan jawatan ini diterima atau sebaliknya, ia adalah prerogatif mutlak saya sebagai Ketua Menteri Melaka, selaras dengan peruntukan dan amanah yang diberikan oleh parti serta rakyat,” tegas Ab Rauf.

Menurut beliau, dalam politik, keputusan besar menuntut jiwa besar.

“Melaka akan terus melangkah ke hadapan.

“Dengan kebijaksanaan Tuah, keberanian Jebat dan kesetiaan yang tidak pernah berbelah bahagi kepada rakyat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat