Melawan DAP tidak perlu “full time” – Puad beritahu Akmal

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menegaskan tiada keperluan untuk Datuk Dr Akmal Salehh melepaskan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.

Menurut Puad tugas melawan DAP tidak perlu dilakukan sepenuh masa sehingga terpaksa letak jawatan Exco Melaka.

“Media tidak berhenti henti menelefon minta komen pasal Dr Akmal meletak jawatan sebagai Exco Melaka. Saya jawab mudah. Tiada keperluan.

“Melawan DAP tidak perlu “full time” hingga terpaksa letak jawatan Exco Melaka.

“Melaka adalah “BN led government”. Meletak jawatan Exco dalam “BN led government” tidak sama dengan keluar dari “PH led government”, ujar Speaker DUN Johor itu.

Dan kata Puad lagi, letak jawatan Exco Melaka tidak “carry weight” berbanding letak jawatan Ketua Pemuda dalam isu “pull the plug”.

“Akmal tidak perlu pun letak jawatan sebagai Exco Melaka atau Ketua Pemuda.

“Yang penting lawan tetap lawan walaupun berada dalam kerajaan yang sama. Tetapi Akmal mungkin ada rasional sendiri,” kata Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat