Umno ajar saya pentingkan maruah, prinsip melebihi kesenangan diri – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh yakin dengan keputusannya tepat dengan melepaskan jawatannya sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Tegas Adun Merlimau itu, Umno telah mengajar beliau untuk mendahulukan maruah dan prinsip rakyat.

“Parti ini (Umno) mengajar saya bahawa kepentingan maruah dan prinsip rakyat melebihi daripada jawatan dan kesenangan diri sendiri.

“Jika kita berjuang di jalan Allah, Insya-Allah… Allah akan jaga kita.

“Terima kasih,” ucap Akmal.

Meskipun letak jawatan sebagai Exco Melaka, Akmal bagaimanapun kekal memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

Tegasnya, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.

Selain itu, Akmal berkata, beliau mahu membuktikan dirinya tidak sama sekali akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa, dan tanah air.

“Bagi saya jawatan dalam kerajaan negeri tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi,” tegasnya beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat