Pemuda UMNO “loceng kecemasan”, jadi pembangkang konstruktif dalam kerajaan

KUALA LUMPUR, — Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan tampil mempertahankan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan barisan Pemuda dengan menegaskan peranan mereka sememangnya sebagai “loceng kecemasan” yang lantang membangkitkan isu rakyat.

Berucap merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, PWTC malam ini, Mohamad berkata terdapat pihak yang melabel Pemuda sebagai biadab susulan ketegasan mereka, namun beliau menolak tanggapan itu.

Menurut beliau, tugas Pemuda memang bersifat pembingit dan rebellious, kerana Pemuda perlu menjadi pendesak, pemantau dan penjaga bangsa yang bangkit terlebih dahulu apabila ada dasar kerajaan merugikan Melayu atau menekan rakyat.

Mohamad mengarahkan Pemuda UMNO supaya teruskan keberanian, namun bergerak sebagai “pembangkang konstruktif” dari dalam kerajaan dengan menegur secara bertanggungjawab dan berfokus kepada dasar.

Beliau turut meminta Pemuda merampas naratif “hero rakyat” daripada pembangkang dengan membuktikan Pemuda UMNO paling efektif menjaga Melayu dan rakyat, bukan sekadar memainkan sentimen.

Dalam masa sama, Mohamad menekankan keberanian mesti bersulam tanggungjawab, dan kemarahan mesti bersulam strategi agar peranan Pemuda memberi kesan politik yang lebih berkesan menjelang PRU-16.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat