Ucapan Timbalan Presiden jadi panduan kukuhkan kefahaman perjuangan parti – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR — Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai satu nasihat dan panduan penting kepada seluruh ahli parti, khususnya golongan wanita, pemuda dan puteri, dalam memahami kedudukan serta hala tuju perjuangan Umno.

Menurut beliau, ucapan tersebut memberi penekanan jelas terhadap perjalanan dan hijrah panjang Umno dalam kerajaan, selain menegaskan keperluan parti itu untuk terus bergerak ke hadapan dengan memberi fokus kepada masa depan.

“Saya percaya ucapan tersebut merupakan satu nasihat dan panduan, khususnya kepada wanita, pemuda dan puteri, mengenai kedudukan UMNO, perjuangan UMNO serta perjalanan dan hijrah panjang UMNO dalam kerajaan.

“Saya juga percaya ucapan itu akan menjadi satu penanda aras supaya UMNO dapat difahami, dihormati dan diyakini. Isu seperti ‘red line’, dakwaan bahawa UMNO tidak memperjuangkan rakyat, serta tanggapan yang hanya menekankan sejarah lampau turut disentuh, sebaliknya UMNO perlu memberi fokus kepada masa depan dan perjuangan ke hadapan.

“UMNO juga ditegaskan akan bertanding sebagai Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. Saya yakin semua perkara ini akan dikupas dan dibahaskan oleh para perwakilan, dan saya percaya para perwakilan memahami serta menyambut baik ucapan yang telah disampaikan itu,” jelasnya.

Khaled berkata demikian ketika ditemui media selepas ucapan Timbalan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Beliau berkata, penjelasan yang disampaikan dalam ucapan berkenaan membantu memperkukuh kefahaman ahli terhadap prinsip, pendirian serta strategi perjuangan parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

Menurutnya, perkara-perkara yang dibangkitkan dijangka akan menjadi asas perbahasan para perwakilan sepanjang persidangan, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap peranan UMNO dalam landskap politik negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat