Tiga pasangan kembar, pelajar baharu Politeknik Ungku Omar

Oleh Zihan Zari

IPOH – Menariknya, kehadiran tiga pasangan kembar, Muhammad Amir Hakim Suhaimi, Muhammad Amirul Hakim Suhaimi; Kuah Yong Lin Kuah Yong Fei; dan Amir Iman Amirul Azam, Amir Aiman Amirul Azam berjaya mencuri perhatian warga Politeknik Ungku Omar (PUO) antara 321 pelajar baharu yang mendaftar bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma untuk Sesi Akademik 2025/2026, di Dewan Jubli Perak PUO, dekat sini baru-baru ini.

Keenam-enam mereka, Muhammad Amir Hakim dan Muhammad Amirul Hakim merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Penyamanan Udara & Penyejukbekuan (DPU) berasal dari Batu Pahat, Johor.

Manakala, Kuah Yong Lin pelajar Diploma Perakaunan (DAC), Kuah Yong Fei pelajar Diploma Kewangan (DFI) dari Bercham, Ipoh; Amir Iman pelajar DPU, dan Amir Aiman pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan (DPM)dari Setapak, Kuala Lumpur.

PUO dalam kenyataan berkata kehadiran tiga pasangan kembar ini turut menyerikan majlis pendaftaran pelajar baharu dan malah meninggalkan memori manis buat keluarga serta rakan yang hadir mengiringi mereka.

“Proses pendaftaran melibatkan melibatkan 185 pelajar lelaki dan 136 pelajar perempuan telah berlangsung lancar secara fizikal dengan sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga yang hadir.

“Mereka datang dari pelbagai lokasi dan negeri dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Perkapalan), Teknologi Maklumat & Komunikasi, serta Perdagangan.

“Program turut disusuli sesi taklimat kepada ibu bapa yang disampaikan oleh barisan pengurusan dan Ketua-ketua Jabatan, meliputi peraturan kampus, struktur akademik dan prosedur operasi standard (SOP) kediaman, ”kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah PUO, Dr. Hjh. Salmi Che Meh berkata pendaftaran pelajar baharu ini adalah satu amanah besar buat institusi. PUO komited melahirkan tenaga mahir selari dengan kehendak industri.

“Seiring aspirasi TVET Negara dan Malaysia MADANI, PUO menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, inklusif dan menyokong pembangunan sahsiah pelajar secara holistik, ”katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Akademik PUO, Norman Zamri mewakili pengurusan institusi bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Amiruddin Samsudin serta ketua-ketua jabatan hadir menyambut dan menyantuni pelajar baharu.

“Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar dan ibu bapa ke PUO. Kami mengalu-alukan anda ke dalam keluarga besar PUO. Gunakan peluang ini untuk membina masa depan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti dan berimpak tinggi, ”katanya.

Maklum balas ibu bapa yang hadir, antaranya Mr. Lau dari Ipoh berkata taklimat yang diberikan sangat informatif, terutama bagi ibu bapa yang pertama kali melalui pengalaman ini.

“Proses pendaftaran sangat mudah, lancar dan sistematik berbanding pengalaman saya di institusi lain. Terima kasih kepada pengurusan PUO atas penerangan yang jelas, ”kata Amirul Azam Mohd Yusuf dari Kuala Lumpur. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat