Fenomena Baharu F&B: Cluck’n Cone Bawa Konsep Ayam Goreng ‘Grab-and-Go’ ke Malaysia

KUALA LUMPUR, – Jenama makanan dan minuman (F&B) tempatan, Cluck’n Cone, secara rasmi melancarkan outlet pertamanya di Malaysia menerusi satu majlis pembukaan rasmi yang berlangsung semalam, 9 Januari, di Jalan Changkat, Bukit Bintang, sekali gus menandakan kemasukan jenama makanan segera berkonsep inovatif itu ke pasaran tempatan.

Majlis pelancaran yang berlangsung meriah itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Erra Fazira dan Mr E, yang menyempurnakan pembukaan outlet sulung Cluck’n Cone sebagai jenama baharu yang menyasarkan gaya hidup urban serta generasi muda.

Pengurus Besar Cluck’n Cone Malaysia, Syahmi Rezali, berkata pembukaan outlet pertama tersebut merupakan langkah strategik bagi memperkenalkan pengalaman menikmati ayam goreng berkualiti tinggi dengan penyampaian yang lebih moden, praktikal dan inovatif.

Menurutnya, Cluck’n Cone merupakan jenama Malaysia milik 100 peratus Muslim yang mengetengahkan konsep “grab-and-go”, selari dengan gaya hidup pantas masyarakat bandar tanpa menjejaskan kualiti dan rasa.

“Cluck’n Cone menawarkan hidangan ayam goreng menggunakan resipi istimewa serta bahan premium bagi memastikan setiap sajian memberikan pengalaman unik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran berkenaan.

Terletak di antara lokasi tumpuan pelancong dan pusat hiburan utama di ibu negara, outlet Cluck’n Cone di Jalan Changkat, Bukit Bintang dijangka menjadi destinasi baharu buat pencinta makanan tempatan dan antarabangsa.

Selain menu ayam goreng dalam bentuk kon yang ikonik, Cluck’n Cone turut merancang untuk memperluaskan rangkaian produknya serta membuka lebih banyak cawangan di lokasi strategik di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Cluck’n Cone menyasarkan pembukaan 100 outlet dalam tempoh empat tahun, dengan 30 outlet dirancang dibuka sepanjang tahun 2026, selain meletakkan sasaran jualan sebanyak RM30 juta bagi tahun berkenaan.

Pembukaan rasmi yang berlangsung semalam itu mencerminkan keyakinan Cluck’n Cone terhadap potensi industri F&B di Malaysia yang terus berkembang, khususnya dalam segmen makanan segera premium berkonsep inovatif.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat