“Akmal dah masuk kerja, semua baik-baik saja”- Adun Duyong

KUALA LUMPUR – Adun Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh sudah pulang ke tanah air dari China dan kini kembali bekerja.

Dalam gambar yang dikongsi Helmy di Facebooknya, kelihatan beliau memeluk Dr Akmal berlatar belakangkan suasana di lapangan terbang dikelilingi sekumpulan Pemuda Umno.

“Semuanya baik-baik saja.

“Dr Akmal Saleh dah mula masuk kerja 1.15 tengahari tadi,” ujar beliau.

Beliau turut menyertakan tanda pagar #PemudaBersaudara dan #SekaliPemudaSelamanyaPemuda.

Terdahulu hangat beredar berita yang mendakwa Akmal dilaporkan menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno serta Adun Merlimau.

SuaraTV melaporkan sumber dalaman Umno berkata, Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka menyatakan hasrat berkenaan menerusi satu mesej yang dihantar dalam kumpulan WhatsApp Pemuda Umno lewat malam tadi namun dipadam admin kumpulan sembang tersebut.

Sumber sama berkata, beberapa Ketua Pemuda Umno Bahagian serta anggota Exco Pemuda Umno Pusat dijangka menunggu kepulangan Dr Akmal dari Shanghai petang ini bagi mengadakan pertemuan dan memujuk beliau supaya mempertimbangkan semula hasrat berkenaan.

Menurut sumber dalaman Pemuda Umno, kekecewaan Akmal dikaitkan dengan reaksi keras beberapa pemimpin kanan Umno yang mengkritik beliau susulan Konvensyen Pemuda Umno yang berlangsung Sabtu lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat