KUALA LUMPUR – Exco Pemuda Umno Muhamad Nur Aizat Noor Azam menyampaikan berita bahawa Datuk Dr Akmal Saleh akan meneruskan tugas sebagai Ketua Pemuda Umno sekali gus memadam semua spekulasi bertebaran yang mendakwa beliau akan melepaskan semua jawatan.
“Alhamdulillah, bersama rakan-rakan Exco Pemuda sambut ketibaan Dr Akmal di KLIA2 12 tengah hari tadi.
“Dr Akmal Saleh akan teruskan tugas sebagai Ketua Pemuda Umno.
“Exco Pemuda Umno solid sokong Dr Akmal terus lead (pimpin) Pemuda Umno,” ujar Aizat.



