HONOR Magic8 Pro meriahkan awal 2026 dengan jelajah fotografi bertemakan warisan Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2026 – Permulaan tahun baharu 2026 disambut dengan penuh warna dan kreativiti apabila HONOR memperkenalkan lima siri jelajah (roadshow) HONOR Magic8 Pro di beberapa lokasi tumpuan utama seluruh Malaysia. Lebih daripada sekadar pameran teknologi, jelajah ini mengangkat identiti negara melalui gabungan seni, budaya, landskap semula jadi dan inovasi fotografi, sejajar dengan kempen nasional Visit Malaysia 2026.

Sebagai Peranti Fotografi Terpilih bagi Visit Malaysia 2026, HONOR Magic8 Pro memainkan peranan penting dalam memperlihatkan keindahan Malaysia dari sudut yang baharu. Melalui pendekatan berasaskan pengalaman, orang ramai bukan sahaja dapat mencuba teknologi kamera terkini, malah berpeluang mendekati warisan budaya tempatan dalam suasana yang interaktif dan moden.

Siri roadshow HONOR Magic8 Pro berlangsung sepanjang Januari 2026 di lima pusat beli-belah utama merangkumi beberapa negeri, sekali gus memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menyertainya. Jelajah ini bermula di Sunway Pyramid (5–11 Januari), diikuti Aeon Mall Tebrau City (6–11 Januari), Suria KLCC (7–11 Januari), 1 Utama Shopping Centre (14–18 Januari) dan berakhir di Queensbay Mall, Pulau Pinang (14–18 Januari).

Setiap lokasi menawarkan pengalaman yang sama dari segi kandungan tetapi diraikan dengan semangat setempat, menjadikan roadshow ini satu perjalanan visual yang menyeluruh merentas Malaysia.

Mengangkat tema “The Light and Shadow Exploration Journey”, HONOR menampilkan fotografi sebagai medium penceritaan budaya dan alam semula jadi. Empat zon fotografi utama disediakan bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keupayaan kamera HONOR Magic8 Pro sambil memahami elemen seni dan warisan negara.

The Shadow Lab mengetengahkan seni tradisional Wayang Kulit, membuktikan bagaimana pergerakan halus dan perincian bayang-bayang masih dapat dirakam dengan jelas walaupun dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya. Ia bukan sahaja mempamerkan kehebatan teknologi fotografi cahaya rendah, malah memberi nafas baharu kepada seni warisan Melayu.

Di The Canopy View, pengunjung dibawa ke suasana hutan hujan Sabah dan Sarawak, di mana mereka boleh merakam imej miniatur hidupan liar dari jarak jauh. Zon ini menonjolkan keupayaan 200MP Ultra Night Telephoto Camera, yang sesuai untuk fotografi alam semula jadi dan ekopelancongan.

The Magic Gallery pula menampilkan hasil karya jurugambar profesional yang merakam keindahan Malaysia – daripada seni bina ikonik, warisan sejarah, landskap semula jadi hinggalah ke makanan tempatan – semuanya dirakam menggunakan HONOR Magic8 Pro.

Sementara itu, Malaysia Famous Spots menyediakan latar foto kreatif menampilkan mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas, tapak warisan Pulau Pinang dan Melaka serta Gunung Kinabalu, menjadikan setiap foto sebagai simbol kebanggaan nasional.

Sebagai galakan, pengunjung yang melengkapkan kesemua aktiviti fotografi ini boleh menebus pencuci mulut percuma.

Bagi menambahkan tarikan, dua maskot rasmi Visit Malaysia 2026, Wira dan Manja, turut membuat kemunculan khas di dua lokasi terpilih. Kehadiran pasangan beruang matahari ini di Suria KLCC (10–11 Januari) dan 1 Utama Shopping Centre (17–18 Januari) menceriakan suasana serta menarik minat keluarga dan kanak-kanak untuk turut serta merakam kenangan.

Selain pengalaman budaya dan fotografi, roadshow ini turut menawarkan nilai tambah kepada pengguna. Pengunjung berpeluang menikmati diskaun sehingga RM1,000 bagi peranti terpilih termasuk HONOR Magic V5 dan siri HONOR 400.

Pelanggan yang berbelanja RM999 ke atas dalam satu resit juga layak menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM130,000, merangkumi tablet dan aksesori audio pintar HONOR.

HONOR Magic8 Pro ditawarkan dalam dua varian – 24GB + 512GB pada harga RM4,599 dan 32GB + 1TB pada harga RM5,199. Pembeli turut menerima pakej hadiah bernilai RM2,439, termasuk perlindungan kerosakan setahun, lanjutan jaminan, perlindungan kerosakan cecair serta akses percuma kepada Google AI Pro untuk tempoh terhad, selain rebat segera RM300.

Melalui penganjuran roadshow ini, HONOR membuktikan bahawa teknologi bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga medium untuk mempromosikan pelancongan, memelihara warisan dan menghubungkan masyarakat dengan identiti negara. HONOR Magic8 Pro tampil sebagai rakan digital kepada pelancong dan pencipta kandungan yang ingin merakam keindahan Malaysia dengan lebih bermakna.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, layari www.honor.com/my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat