Muhyiddin kekal Presiden Bersatu, seru ahli tutup ruang perpecahan dalam parti

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden.

Justeru katanya, sempena Tahun Baru ini, beliau menyeru seluruh ahli Bersatu agar memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan dan menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden.

“Walaupun saya tidak lagi memimpin Perikatan Nasional, Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam PN, dan kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan,” katanya dalam catatan Presiden Bersatu pada Jumaat.

Dalam menghadapi cabaran semasa Ahli Parlimen Pagoh itu mengingatkan, keutamaan Bersatu adalah untuk memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti.

“Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.

“Saya menuntut agar seluruh ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti,” gesa Muhyiddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat