Ketua Dewan Ulama Pas Perlis ambil pendirian henti ulas lanjut isu Pas negeri

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Ulama Pas Perlis Ahmad Adnan Fadzil menegaskan beliau akan berhenti mengulas berkait isu terkini tentang Pas Perlis.

Dalam kenyataan media pada Jumaat beliau mengemukakan beberapa hujah di sebalik keputusannya itu.

“Setelah meneliti pandangan kepimpinan serta rakan-rakan Dewan Ulamak, saya mengambil pendirian bahawa, saya tidak akan mengulas lanjut buat masa ini berhubung isu terkini berkaitan Pas Perlis.

“Kenyataan saya sebelum ini bukanlah suatu kritikan, apatah lagi pendirian rasmi mewakili jawatan atau institusi dalam parti, sebaliknya hanyalah pandangan peribadi. Ia disampaikan atas keyakinan terhadap keterbukaan kepimpinan parti dalam menangani isu ini, sebagaimana ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sendiri bahawa “Pas tidak melarang sesiapa pun daripada membuat kenyataan berhubung apa yang berlaku di Perlis.” (Minda Presiden),” jelasnya.

Menurut Ahmad Adnan lagi, niat beliau tidak lain hanyalah demi memastikan Perikatan Nasional (PN) terus kukuh di Perlis, tanpa terganggu oleh sebarang isu dalaman Pas.

“Kesetiaan saya kepada parti dan kepimpinan parti tidak pernah luntur, sekalipun wujud perbezaan sudut pandang dalam isu tersebut.

“Dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan, saya tetap akur serta tidak pernah mempertikaikan kebijaksanaan dan pertimbangan Tuan Guru Presiden serta kepimpinan tertinggi parti,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, ketika beberapa pemimpin Pas Pusat dilihat menyindir Bersatu susulan kemelut politik melanda PN Perlis, Ketua Dewan Ulama Pas negeri itu sebaliknya memuat naik status berbeza.

Ahmad Adnanmengingatkan Pas supaya menerima kesilapan yang berlaku dan membetulkannya, namun tidak menjelaskan apa kesilapan yang dimaksudkannya itu.

“Tuanku Raja bukan tidak hormati kita, tapi ingin kita menyedari bahawa baginda juga ada kuasa yang mesti dihormati.

“Kita perlu terima kesilapan kita dan membetulkannya,” katanya.

Kenyataan Ahmad Adnan itu susulan pelantikan Adun Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah, yang secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis baharu di Istana Arau.

Sebelum ini, Ahmad Adnan dilapor menegaskan tiada pemimpin Pas di Perlis yang mengkhianati parti itu susulan kemelut politik yang melanda baru-baru ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat