Faizal Azumu pula lepas jawatan Pengerusi PN Perak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” ujar Faizal.

Setakat waktu ini sudah empat pimpinan Bersatu lepas jawatan termasuk Muhyiddin, Azmin Ali , Sahruddin Jamal dan kini Faizal Azumu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat