Menyusul Azmin, Dr Afif letak jawatan Setiausaha PN Selangor

KUALA LUMPUR – Dr Afif Bahardin menyusul tindakan lepas jawatan ‘boss’ beliau yang melepaskan jawatan dalam kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Selangor.

Afif mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor yang juga berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya selaku Setiausaha PN Selangor adalah atas bidang kuasa Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Maka, saya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha PN Selangor berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama erat yang telah diberikan selama ini kepada saya untuk bersama-sama memperkukuh PN Selangor,” kata Adun Taman Medan itu dalam kenyataan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat