KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali umum melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Menurut Azmin keputusan letak jawatan itu kerana pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung PN adalah bidang kuasa Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN l adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” umum Azmin.
Selain itu, Azmin yang juga Adun Hulu Kelang turut mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Perhubungan PN Negeri Selangor berkuat kuasa tarikh yang sama.
“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih,” kata beliau.



