Isu pajak: P Pinang belum terima sebarang notis tuntutan dari Kedah- Kon Yeow

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang masih belum menerima sebarang notis undang-undang atau petisyen rasmi daripada Kedah berhubung isu tuntutan terhadap negeri itu sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, selain notis atau petisyen, pihaknya juga tidak menerima apa-apa surat atau dokumen rasmi mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini, masih tak ada. Kita masih belum terima apa-apa tuntutan daripada Kedah,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kalendar Kita Bersama Petron Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang 2025 lapor Utusan di George Town pada Isnin.

Isu tuntutan terhadap negeri ini kembali hangat selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mendakwa bahawa Pulau Pinang merupakan wilayah Kedah dan berada dalam status pajakan, minggu lepas.

Sanusi turut memaklumkan bahawa Kedah sedang dalam proses melantik pasukan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang berkaitan hubungan negeri itu dengan Pulau Pinang, yang menurutnya akan dibuat berdasarkan fakta sejarah dan asas undang-undang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat