KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura untuk memulakan program rasmi hari ini dengan menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
“Pemukiman tahunan ini merupakan platform penting untuk pimpinan kedua-dua negara mempertingkat kerjasama dalam pelbagai aspek, terutamanya perkara berkepentingan bersama.
“Sebagai negara jiran yang terdekat serta sahabat ASEAN, saya yakin hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura yang semakin rapat dan kukuh dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah,” katanya.



