Shamsul Anuar calon menteri Umno paling underrated, pilihlah permata isi Kabinet Anwar bukan lagi batu – Lian Ker

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mencadangkan nama Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisi rombakan Kabinet yang sedang dipertimbangkan.

Lian Ker menggambarkan Shamsul Anuar yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai permata dari Umno.

“Saya jarang “apple polish” atau “bodek” kerana itu bukan budaya saya tapi…Perdana Menteri Anwar minta (saran) awam untuk cadangkan nama untuk isi Kabinetnya yang semakin ketandusan dengan permata.

“Saya terbaca cadangan nama ini (Shamsul Anuar). Betul, namanya kurang di beri perhatian sebab dia tak cari “media attention”.

“Shamsul Anuar Nasarah (pernah) letak jawatan Menteri atas prinsip parti dan bukan peribadi tapi parti tidak memberi pengiktirafan pada keberanian, ketegasan dan pengorbanan beliau.

“Inilah “role model” ahli politik Melayu lama dan Umno Lama yang ikhlas, rendah-diri dan tak lari ke laut !

“PMX perlulah isi Kabinet dengan lebih permata dari batu,” saran Lian Ker.

Baru-baru ini Perdana Menteri pernah berseloroh memintab pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu di sebalik spekulasi rombakan Kabinet.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat