LIKAS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi soal integriti sekali gus membenarkan siasatan bebas dan teliti dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas bekas Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Anwar memberitahu beliau mahu SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan sekiranya didapati bersalah wajar dihumban ke penjara.
“Dia bangkitkan soal bekas setiausaha politik saya. Saya okey. Dia dipanggil kerana ada kes. Dia siasat.
“Dia hari ini, dia bagitahu saya, saya kata saya setuju, saya terima. Immediate (sejurus) dia letak jawatan.
“Kemudian SPRM nak siasat. Siasatlah.
“Oh, dia pegawai Perdana Menteri. Tak boleh siasat. Siapa kata tak boleh siasat? Ini Perdana Menteri bukan macam Perdana Menteri dari dulu. Bila siasat, lari pergi Dubai. Tahu tak siapa yang lari pergi Dubai? Ya. Kita siasatlah. Must be transparent. Must be professional, and you see, saya akan buktikan. Orang boleh cakap apa-apa,” tegas Anwar dalam ucapan Grand Finale DUN Api-Api, malam tadi.
Anwar menegaskan beliau bertindak sedemikian tanpa pilih bulu kerana mahu buktikan integriti kerajaan.
“Kenapa (benarkan siasatan) sebab kita mahu kerajaan ini ada integriti. And no one is above the law. Kalau betul, biar disiasat.
“Adakah saya tahu kes ini secara terperinci? I don’t know.
“Do I approve? If it is true, I don’t approve. Do I want the SPRM to investigate professionally? Yes.
“Transparently? Yes. Independently? Yes. If the case, should they prosecute? That’s their decision. If they think they should prosecute, go ahead. If the court decides to free, alhamdulillah. If the court decides to punish convicts, so be it.
“That is how we lead this country. Jangan bandingkan saya dengan mereka . Tolonglah,” jelas Presiden PKR itu mengulas isu skandal yang didedah membabitkan ahli perniagaan Albert Tei, Shamsul Iskandar dan beberapa individu lain dalam video tular berkenaan.
Anwar berkali-kali mengulangi pendirian bahawa beliau terbuka untuk kes ini disiasat tanpa melindungi sesiapa.
“Tapi saya tak ada masalah. Tapi saya nak tanya orang ini, yang bilion-bilion kamu diam.
“Sekarang cakap soal integriti. Integriti apa yang awak cakapkan? kes babitkan bilion dolar. Awak berdiam.
“Being consistent . Ia boleh menjadi staf Anwar. Ia boleh menjadi menteri kewangan, ia boleh jadi Tun, Tan Sri. Saya tak peduli you curi duit you mesti disiasat mesti ditangkap, kalau salah masuk penjara.
“Bilik saya dulu masih kosong di Sungai Buloh…Ya baru ni Saya tanya bagi pegawai penjara, Apa jadi bilik saya? Dia kata kosong lagi Datuk.
“Siapa siapa nak volunter silakan,” seloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi.



