Andi Suryadi restu calon GRS, cabaran dalaman terbesar buat Umno Sabah

TAWAU – Calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Batu Samasuddin Yusop akui kecewa dengan kenyataan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang merestui calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dr Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal di mana ia anggap sebagai cabaran dalaman terbesar yang harus dihadapi BN Sabah dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung ketika ini.

“Mengenai bekas Adun Tanjung Batu sendiri Andi Suryady membantu, merestui calon GRS… ya kita mendengar dan melihat sendiri pengakuan daripada Datuk Andi Suryady.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak atasan dan masa ini diperingkat saya di Parlimen Kalabakan… saya fokus kempen untuk memenangkan DUN Tanjung Batu dan DUN lain yang kita bertanding.

“Soal status hari ini, kita tahu Datuk Andi digantung keahliannya, selepas ini kita akan bincang selepas selesai pilihan raya,” katanya ketika sidang media di pusat media di Tawau pada Isnin.

Samasuddin yang juga Pengerusi BN Kalabakan dan juga Penolong Ketua Penerangan Umno Sabah akui risau dengan situasi yang boleh dianggap ‘pengkhianatan’ kepada parti.

“Kita tahu Datuk Andi sendiri mempunyai penyokong, jadi kerisauan itu memang ada… kerisauan. Tapi kita yakin dan percaya satu dari segi kesetiaan jentera Umno-BN, kedua juga dari segi kesetiaan pengundi yang tahu tentang sumbangan-sumbangan BN sebelum ini dan maklum balas yang kita terima di program turun padang pengundi nampaknya tetap percaya BN pilihan terbaik.

“Cuma kadang-kadang yang mengecewakan pemimpin yang menang dipilih namun seterusnya membawa haluan yang berbeza dengan rakyat,” katanya.

Sementara itu ditanya sepanjang tempoh berkempen apakah hal yang paling mencabar dihadapinya setakat ini.

Samasuddin memberitahu, perkara paling mencabar adalah masalah cabaran internal (dalaman) parti sendiri.

“Kekuatan kita adalah kita, tapi kelemahan kita adalah kelemahan dalaman sendiri. Mungkin pengkhinatan tapi macam kenyataan Datuk Andi sendiri jadi apabila kita merancang banyak program dan sebagainya.

“Macam sebuah keluarga musuh yang jelas kita lebih faham tapi musuh yang dalam kita tak tahu, itu mungkin menjadi suatu cabaran selain cabaran pengundi-pengundi muda ini,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat