Umno Sabah tak bantu calon PH Merotai, itu berita palsu! – Samasuddin Yusop

TAWAU – Ketua Umno Bahagian Kalabakan Samasuddin Yusop menyanggah keras dakwaan kononnya Umno Sabah tidak membantu calon Pakatan Harapan (PH) DUN Merotai Datuk Ruji Ubi sebaliknya lebih cenderung kepada calon Warisan.

Beliau menegaskan, itu cuma sangkaan dan berita palsu sedangkan Umno Kalabakan berpegang teguh kepada prinsip kerjasama BN-PH.

“Itu cuma sangkaan saja, sentimen kita di Merotai sebab kita masih lagi memegang tentang hubungan BN-PH dan beberapa rakan BN-PH adakan program untuk membantu PKR di sana.

“Jadi sangkaan Umno Kalabakan menyokong Warisan itu cuma berita palsu saja dan boleh buat laporan di MCMC berkait berita palsu.

“Tak ada, kita masih berpegang teguh kepada prinsip BN-PH di Kalabakan,” tegasnya ketika sidang media di pusat media di Tawau pada Isnin.

Ditanya sama ada Umno Sabah ada menghantar jentera untuk bantu calon PH di Merotai, Samasuddin memberitahu buat masa ini hanya sekadar hubungan tidak rasmi.

“Buat masa ini kita secara tidak langsung saja secara rasmi tidak lagi. Sebab ada beberapa perkara lagi kita masih dalam perbincangan… kita sudah rujuk dengan negeri-negeri angkat kita saja.

“Saya dan Datuk Ruji Ada berhubung secara langsung juga face to face juga melaului telefon dari segi perkembangan antara Kalabakan dan Merotai begitu juga Tanjung Batu khususunya,” ujar beliau yang juga calon BN N.71 Tanjung Batu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat