Banyak parti dah pernah tadbir Sabah, tunjuklah rekod biar rakyat nilai – Izzah

KUALA LUMPUR- Parti yang pernah mentadbir Sabah dicabar untuk mengemukakan rekod dan pencapaian supaya rakyat dapat menilai kemampuan masing-masing menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat perlu melihat sendiri keupayaan masing-masing memandangkan banyak parti pernah menjadi kerajaan negeri Sabah di samping menawarkan diri bertanding pilihan raya kali ini.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR mempunyai momentum yang cukup baik dalam melaksanakan janji kepada rakyat Sabah menerusi kerjasama kerjasama erat antara Persekutuan dan negeri.

“Banyak parti di Sabah ini yang telah pernah memerintah. Hanya yang kami minta, tunjukkan prestasi anda semasa anda memerintah.

“Mudah supaya sekurang-kurangnya kita boleh kata ‘kami dah siap fasa pertama’ yang dimahukan adalah untuk penerusan fasa seterusnya demi negeri Sabah yang jauh lebih Insya-Allah maju jaya,” katanya dalam Program Ziarah Kasih Kampung Dambai, Inanam lapor Utusan di Sepanggar pada Selasa.

Sebanyak 13 tuntutan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya diselesaikan menerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di bawah Kerajaan Madani.

Antara tuntutan yang dipersetujui bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik serta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri.

Nurul Izzah berkata, pihaknya berharap rakyat Sabah dapat memilih parti yang dapat meneruskan kesinambungan pelbagai usaha dan inisiatif pernah dilaksanakan selama ini dengan mengundi calon PH.

Katanya, gandingan erat antara negeri dengan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat penting untuk menunaikan janji pembangunan Sabah.

Beliau juga berharap rakyat Sabah termasuk tinggal di luar untuk pulang mengundi pada 29 November ini.

“Mohon yang mana memang mungkin bekerja di luar Sabah, datang dan pulang untuk mengundi and mengundi Harapan.

“Walaupun tidak sempurna, tetapi kita mempunyai iltizam bagaimana untuk memastikan bagi menunaikan janji demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Calon PKR DUN Inanam, Datuk Peto Galim optimis bahawa prestasi pentadbiran melonjak sekiranya rakyat sekali lagi memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada.

“Saya sangat yakin jika kita diberi mandat baharu untuk lima tahun akan datang, kita boleh buat dua kali begini. Saya boleh katakan kita boleh tawarkan dua kali apa yang kita boleh lakukan sekarang,” ujarnya.

Jelasnya, keyakinan tersebut bersandarkan kaedah kerja yang lebih efektif serta hubungan kerja yang kukuh antara kerajaan negeri dan Pusat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat