Mayat lelaki jatuh Jambatan P. Pinang ditemukan terapung di Pengkalan Weld

KUALA LUMPUR– Mayat pemuda yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di George Town, pagi tadi.

Mayat, Elmi Nur Zamani Aizat Azim, 25, dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, kira-kira pukul 9.35 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa dari pasukan Polis Marin.

“Mayat ditemukan terapung berhampiran Jeti Pelayaran Pulau Pinang dekat Pengkalan Weld, dengan anggaran jarak 8 kilometer dari lokasi dia terjun.

“Tindakan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menaikkan mayat mangsa ke atas bot, seterusnya di bawa ke Jeti Jabatan Laut di Batu Uban,” katanya lapor Kosmo di George Town pada Selasa.

Beritahu beliau lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.45 pagi tadi.

Sebelum ini, isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, memaklumkan menerima panggilan berhubung penemuan mayat suaminya, kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Kelmarin, media melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Perai, pada petang Ahad lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat