Perbesarkan isu roti Gardenia cuba tutup pemimpin gadai negara beli Boeing- Hadi yakin orang Sabah cerdik

KUALA LUMPUR – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin pengundi di Sabah tidak akan termakan modal kempen kontroversi ‘roti Gardenia’.

Hadi percaya orang Sabah cerdik menilai bukannya memperbesarkan polemik roti Gardenia yang dianggap mengguris hati rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

“Saya rasa orang-orang Sabah lebih cerdik daripada pemimpin negara.

“Orang Sabah makan roti Gardenia saja, tapi pemimpin negara jual negara berapa bilion? Berhutang dengan kapal terbang MAS… oh mahal kapal terbang MAS daripada roti Gardenia.

“Ini beli, ambil bukan hutang. Ini ambil Boeing, ambil itu hutang berapa bilion?

“Ini nak besarkan pasal roti Gardenia ni… lupa pasal negara kita digadai oleh orang. Ini kena sedar,” kata Hadi dalam muat naik klip video di Instagramnya sewaktu jelajah kempen Perikatan Nasional di Sabah.

Sebelum ini, Adun Kuala Ketil Mansor Zakaria pernah didakwa memperlekeh rakyat Sabah dengan menyatakan sokongan mereka boleh diraih hanya menerusi roti Gardenia.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat