KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 13 Nov 2025 telah telah menfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota
Kinabalu pada 13 November 2025 terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Perkara itu khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
AGC dalam kenyataan pada Jumaat berkata, Alasan Penghakiman berkenaan antara lain mendakwa
bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.
Dalam pada itu, AGC sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin.



