Isu Pemilihan Amanah 2025 Cetus Ketegangan Awal Konvensyen

PETALING JAYA: Hari kedua Konvensyen Amanah bertukar tegang apabila beberapa perwakilan mendesak agar usul berkaitan pemilihan parti tahun depan dibahaskan segera.

Kurang sejam selepas persidangan bermula, tiga perwakilan bangun menuju mikrofon bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pimpinan yang menolak perbincangan mengenai usul tersebut, memetik MalaysiaGazette.

Keadaan itu memaksa pengerusi persidangan, Azhar Abdul Shukur, berulang kali meminta mereka duduk.

Namun selepas tekanan berterusan, Azhar akhirnya membenarkan dua perwakilan membentangkan cadangan masing-masing. Seorang mencadangkan pemilihan parti ditangguh selepas 2026, manakala seorang lagi mahu ia diteruskan mengikut jadual asal.

Dalam kekecohan itu, seorang perwakilan dilihat dibawa keluar oleh pasukan sukarelawan Amanah. Ketika proses itu berlangsung, seorang lagi perwakilan menghampiri dan menolak individu terbabit sebelum sukarelawan segera meleraikan keadaan.

Susulan insiden tersebut, Azhar mengarahkan persidangan diteruskan dengan usul lain.

Usul pertama yang dibincangkan selepas kekecohan itu ialah cadangan menaikkan had umur Wanita Muda Amanah daripada 35 kepada 40 tahun.

Semalam, Naib Presiden Amanah Mohd Hatta Ramli menjelaskan bahawa usul berkaitan pemilihan parti tidak akan dibahaskan pada konvensyen kali ini kerana dianggap terlalu awal dan bercanggah dengan perlembagaan parti yang menghalang keputusan dibuat sebelum waktunya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat