Malaysia satu- satu negara berani nyatakan pendirian isu Gaza depan Trump, Anwar menyampah dimaki-hamun

KUALA LUMPUR – Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mengambil langkah berani dengan menyatakan pendirian terhadap isu Gaza di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, atas dasar itu Malaysia sudah mengambil pendekatan maksimum dengan menyatakan sendiri di hadapan Trump bahawa suatu pendekatan komprehensif diperlukan terhadap isu itu.

“Soal Gaza ini mesti ada penyelesaian komprehensif. Nak sebut apa lagi? Itu sudah maksimum. Negara mana yang berani sebut depan Trump? Saya sebut kerana saya mewakili Malaysia.

“Presiden Trump melawat berapa negara? Berapa negara yang sebut depan Presiden Trump kita perlu penyelesaian komprehensif? Depan muka beliau (cadangan pendekatan komprehensif)… jadi ini yang kita lakukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat pada Selasa.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mempertikaikan tindakan pihak yang masih mempertikaikan usaha Malaysia dalam soal bersuara terhadap Gaza dengan mengheret nama agama, sedangkan negara sudah melaksanakannya sebaik mungkin.

“Saya tanya, ada tidak negara lain cakap macam itu depan, berdepan (Trump). Saya tidak meminta penghargaan tetapi maki hamun atas nama agama, saya menyampah betul Yang Dipertua dan (buat dakwaan) tidak peduli fakta, terus dikecam…mendewa batal perutukan agama yang menjejaskan agama sekarang dipuja dan dijaja…,” katanya lapor BH.

Anwar menjelaskan beliau membangkitkan penyelesaian komprehensif sebanyak tiga kali secara terbuka dan ia tidak termasuk ketika berbicara secara peribadi ketika bersama dengan Trump dalam kenderaan ‘The Beast’.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan, akhir bulan lalu, Perdana Menteri menegaskan beliau sudah menyampaikan secara terus kepada Trump, gesaan semua pihak yang menuntut kepada penyelesaian komprehensif dan menyeluruh terhadap konflik di Palestin khususnya di Gaza.

Minggu lalu, seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri supaya terus mengingatkan Trump bahawa serangan udara tentera Israel masih berlanjutan di Gaza, walaupun selepas perjanjian gencatan senjata dan janji penyelesaian menyeluruh diumumkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat