ASEAN-China usaha kurangkan halangan perdagangan, hapus pertindihan – Menteri Luar

KUALA LUMPUR – ASEAN dan China akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan halangan perdagangan antara kedua-dua pihak bagi memastikan aliran dagangan yang lebih lancar dan berkesan di rantau ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan menjadi antara tumpuan utama dalam perbincangan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0.

“Kita sedang melihat bagaimana untuk menurunkan halangan-halangan perdagangan antara ASEAN dan China supaya tidak ada pertindihan yang boleh menyukarkan urusan perdagangan,” katanya.

Mohamad berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha ASEAN dan China untuk memudah cara perdagangan dan pelaburan serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan rantau ini sebagai blok ekonomi dinamik.

Tambah beliau lagi, perincian lanjut mengenai mekanisme pemudahcara perdagangan dijangka akan dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Sebelum ini, Anwar menyifatkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 yang bakal dimeterai hari ini sebagai pencapaian penting yang akan membuka lembaran baharu dalam kerjasama strategik ASEAN dengan China serta memperkukuh daya tahan ekonomi serantau secara kolektif.

Penambahbaikan FTA 3.0 dijangka membuka laluan baharu dalam memperluas pasaran, menyelaras dasar perdagangan serta memperkukuh daya saing ekonomi ASEAN di peringkat antarabangsa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat