Israel, sekutu tak kuat mana cuma umat Islam berpecah, jauh dari Allah – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Israel dan sekutunya sebenarnya tidaklah kuat, tetapi yang lemah ialah kita, umat Islam sendiri, kata Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Mereka kuat kerana kita berpecah, leka dan jauh dari Allah.

“Mereka bersatu dengan ilmu, strategi, dan ekonomi, sedangkan kita sibuk berdebat dan mengejar dunia,” tegas beliau.

Hakikatnya kata Mat Sabu, musuh tidak menang kerana mereka hebat, tetapi kerana kita gagal bersatu.

“Kini, seluruh rakyat dunia mesti bangkit dan bersatu menentang kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel.

“Keadilan tidak akan tertegak selagi kezaliman ini terus dibiarkan,” jelasnya.

Menurut Mat Sabu lagi, perlu kita semua fahami sejelas-jelasnya bahawa peperangan yang sedang berlaku di Palestin bukanlah semata-mata peperangan antara Hamas, Hezbollah atau Jihad Islami dengan Israel.

“Hakikatnya, mereka berdepan dengan kuasa sebenar di belakang Israel, iaitu Amerika Syarikat.

“Kita telah menyaksikan bagaimana di Majlis Keselamatan PBB, ketika 14 negara bersetuju dengan usul gencatan senjata kira-kira tiga bulan lalu, hanya satu negara menentang iaitu Amerika. Satu undi itulah yang memastikan peperangan diteruskan.

“Hari ini, apabila semakin banyak negara dari Eropah, Afrika hingga ke Amerika Latin mula bangkit mengiktiraf Palestin dan menyatakan dengan jelas bahawa apa yang berlaku di Gaza adalah genosid, Amerika tampil dengan formula baharu yang diumumkan oleh Trump, kononnya untuk menamatkan perang.

“Ini membuktikan bahawa menentukan perang atau damai bukanlah di tangan Israel, tetapi di tangan Amerika. Pasukan pejuang di Palestin, sama ada di Gaza atau di Lubnan, sebenarnya sedang berperang dengan Amerika. Israel hanyalah alat, dan dalam masa yang sama Amerika juga berfungsi sebagai alat kepada Israel.

“Di balik semua ini, terdapat kuasa lobi yang sangat berpengaruh iaitu AIPAC, lobi Yahudi yang berjaya menguasai dasar politik Amerika Syarikat,” katanya.

Ujar Mat Sabu, inilah realiti yang perlu difahami: selagi lobi ini menguasai Washington, selagi itulah dunia akan terus menyaksikan penindasan terhadap rakyat Palestin, dan selagi itulah perjuangan membebaskan bumi Palestin tidak boleh dipisahkan daripada cabaran menentang hegemoni kuasa besar yang bernama Amerika.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat