ARMADA kecam tindakan CEO Petronas terlibat dalam semburan arak di podium Formula 1

KUALA LUMPUR, – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) mengecam keras tindakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, yang didakwa terlibat dalam upacara “Champagne Shower” di atas podium Formula 1 Singapore Grand Prix 2025 pada 5 Oktober lalu.

Menurut Ketua Penerangan ARMADA, Harris Idaham Rashid, insiden itu berlaku ketika George Russell dari pasukan Mercedes AMG Petronas F1 Team diumumkan sebagai pemenang dan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik mewakili Petronas untuk menerima trofi kemenangan.

ARMADA mendakwa, champagne yang digunakan di podium ialah jenama Moët & Chandon yang mengandungi 12 peratus alkohol. Sebagai seorang pemimpin Melayu Islam yang mengetuai syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, tindakan tersebut dilihat tidak sensitif terhadap nilai dan prinsip Islam yang perlu dijunjung, terutama apabila dilakukan di peringkat antarabangsa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa rakaman video memperlihatkan CEO Petronas menyembur dan disembur arak tersebut sambil memakai baju rasmi Petronas. ARMADA menyifatkan perbuatan itu tidak wajar dan menormalisasi penggunaan arak dalam acara rasmi atau melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sebagai pemimpin korporat Melayu Islam yang mewakili Petronas, beliau sepatutnya meninggalkan podium ketika acara semburan champagne berlangsung dan kembali semula selepas itu untuk bergambar bersama pemenang,” kata Harris Idaham.

ARMADA turut menzahirkan kebanggaan terhadap kejayaan pasukan yang ditaja oleh Petronas dalam Formula 1, namun menegaskan bahawa penglibatan dalam aktiviti semburan arak mencemarkan imej negara Islam seperti Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beberapa negara Islam lain seperti Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu juga terlibat dalam perlumbaan Formula 1.

ARMADA menyeru Perdana Menteri agar mengeluarkan amaran tegas kepada semua kementerian, agensi kerajaan, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya menjaga maruah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat