Industri kecantikan global bergerak pantas dengan trend baharu muncul hampir setiap hari. Apa yang tular di media sosial seperti TikTok atau Xiaohongshu, sering kali menjadi koleksi wajib yang dicari ramai. Fenomena ini membuka ruang kepada kebangkitan jenama kecantikan dari Asia, termasuk dari China. Antara nama besar yang sedang mencuri perhatian ialah O.TWO.O, sebuah jenama kosmetik yang mengangkat falsafah affordable luxury – solekan berkualiti tinggi tetapi pada harga mampu milik.
Jenama yang sering mencatat jualan tinggi di platform e-dagang ini kini secara rasmi hadir di Malaysia melalui kerjasama eksklusif dengan Guardian. Langkah ini membolehkan pengguna mendapatkan produk O.TWO.O terus di cawangan Guardian seluruh negara, tanpa perlu menunggu penghantaran dari luar negara atau bimbang isu kualiti tiruan.
O.TWO.O ialah jenama kecantikan antarabangsa dari China yang terkenal dengan koleksi solekan trendy, mudah digunakan, dan sesuai untuk wanita muda berusia 18 hingga 35 tahun. Koleksi mereka sering diinspirasikan daripada trend popular seperti glass skin effect, dewy look, serta gaya solekan natural dengan sentuhan glamor.

Menurut Yolanda, Overseas Business Manager O.TWO.O, kehadiran rasmi ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja menandakan pengembangan syarikat ke pasaran Malaysia, tetapi juga peluang untuk menawarkan pilihan produk kecantikan viral dengan harga berpatutan.
“Kami mahu menjadikan O.TWO.O jenama yang mudah didapati di Guardian seluruh Malaysia. Misi kami jelas menjadikan kecantikan lebih mudah diakses, berkualiti tinggi dan relevan dengan trend terkini, tanpa perlu membayar harga premium,” jelasnya.
Beberapa produk utama O.TWO.O menjadi tumpuan pada acara pelancaran rasmi di Kuala Lumpur.
Antaranya ialah Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick, gincu matte tahan lama dengan warna-warna bold yang sesuai untuk gaya berani sepanjang hari. Produk ini dikenali kerana ketahanan teksturnya yang selesa dipakai walaupun seharian.
Satu lagi koleksi yang mencatat kejayaan global ialah Brush Series set berus solekan profesional yang telah terjual lebih enam juta unit di seluruh dunia. Ia membuktikan reputasi O.TWO.O dalam menghasilkan produk berkualiti pada harga mesra pengguna.

Produk praktikal seperti Compact Powder dan Eyeshadow Palette turut diperkenalkan, menambah variasi kepada solekan harian dengan warna yang sesuai untuk semua tona kulit. Sementara itu, Mascara Waterproof Volumizing menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan bulu mata lebih tebal dan panjang, tanpa risau comot.
Selain itu, O.TWO.O memperkenalkan koleksi baharu yang dijangka bakal menjadi “must-have” item tahun ini, termasuk Kiss Proof Matte Lip Gloss, Glow Color Bounce Blush Stick, dan Fine Mist Setting Spray yang direka untuk mengekalkan solekan sepanjang hari.
O.TWO.O kini memberi fokus kepada strategi jualan melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop, selain rangkaian fizikal Guardian Malaysia. Walaupun begitu, syarikat tidak menolak kemungkinan membuka kiosk atau outlet khusus pada masa depan sebagai sebahagian daripada fasa pengembangan.
Kerjasama dengan Guardian dianggap penting untuk mengukuhkan kedudukan O.TWO.O di pasaran tempatan. Bagi pihak Guardian sendiri, membawa masuk jenama ini memberi nilai tambah kepada pelanggan mereka. Menurut Tiffany, Pengurus Besar Komersial Guardian Malaysia, O.TWO.O selari dengan komitmen Guardian untuk menyediakan lebih banyak pilihan jenama antarabangsa yang trending, berkualiti, dan dipercayai.
Dengan harga purata sekitar USD 15 (±RM70), O.TWO.O menghapuskan persepsi bahawa solekan berkualiti hanya untuk golongan tertentu. Malah, beberapa produk entry-level ditawarkan serendah RM10 hingga RM15 secara online, menjadikannya mesra poket dan mudah diakses.
Kekuatan jenama ini bukan sahaja terletak pada harga, tetapi juga pada variasi produk yang luas daripada lipstik matte, primer, concealer, hingga ke set berus solekan profesional. Packaging yang menarik dan formula mesra beginner menjadikan O.TWO.O cepat menambat hati pengguna muda.

Selain menawarkan rangkaian produk yang luas, O.TWO.O menekankan nilai inklusiviti. Dengan status Halal Certified dan cruelty-free, jenama ini meraikan kecantikan dalam bentuk yang lebih progresif dan beretika, sesuai dengan keperluan pengguna global dan tempatan.
Kehadiran O.TWO.O di Malaysia menandakan lebih daripada sekadar pelancaran sebuah jenama antarabangsa. Ia menggambarkan perubahan landskap kecantikan – dari sesuatu yang eksklusif menjadi lebih inklusif, trendy, dan mudah didapati.
Buat wanita Malaysia, ini adalah peluang untuk menikmati produk viral global yang kini boleh diperoleh dengan mudah di Guardian berhampiran, sama ada untuk solekan ringkas harian atau penampilan glamor yang memukau.



