Terjemahan Akmal salah, jangan kepung pejabat Google pula, Ketua DAPSY label Akmal ‘samseng politik’

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong menegur rakan sejawat daripada Umno, Datuk Dr Akmal Saleh kerana gagal memahami konteks kenyataannya mengenai hubungan sayap itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Akmal sebelum ini mencabar Woo meminta DAP memutuskan hubungan dengan Umno susulan kenyataannya berhubung Pemuda DAP, Umno serta MCA mempunyai cita-cita berbeza dan tidak boleh bekerjasama.

Kah Leong berkata, jika Akmal menggunakan analogi sama, maka Adun Merlimau itu boleh memaklumkan Umno Batu untuk memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Jangan guna ‘Google translate’ untuk memahami sesuatu benda, nanti buat kesilapan seperti Pemuda Umno Terengganu dan salahkan orang lain pula. Takkan nak kepung pejabat Google selepas ini,” lapor FMT sambil menyifatkan Akmal ‘samseng politik’ suka mempermainkan isu perkauman.

“Tak faham konteks ayat keseluruhan dan terus tembak, lain pula bila berdepan rakan PAS dan Bersatu, biarpun parti-parti ini menjatuhkan parti dia sendiri dalam PRU lepas.”

Katanya, beliau akan membuat penjelasan lanjut berhubung isu itu dalam Konvensyen Pemuda DAP di Selangor Ahad ini.

Sebelum ini, Akmal dalam hantaran di Facebook berkongsi tangkap layar kenyataan Woo yang disiarkan di muka depan China Press.

“Saya minta juga ketua Pemuda DAP untuk maklumkan pada lu punya bos, beritahu mereka putuslah hubungan terus dengan Umno, jangan sembang sahaja. Kalau sembang sahaja tak berguna,” tulisnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat