KUALA LUMPUR – Program BUDI95 oleh Kerajaan Madani kini menjadi bukti reformasi penting dalam menutup ketirisan subsidi berbilion ringgit yang sebelum ini turut dinikmati warga asing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan, subsidi petrol RON95 kini disalurkan dengan lebih tepat, adil dan hanya kepada warganegara Malaysia
“BUDI95 bukan sahaja meringankan kos sara hidup rakyat dengan harga RM1.99 seliter, antara yang termurah di dunia, malah memastikan kewangan negara lebih mampan dan stabil.
“Bermula 30 September 2025, rakyat Malaysia boleh menikmati manfaat ini melalui MyKad, dengan had 300 liter sebulan serta pengecualian khas untuk pemandu e-hailing.
“Inilah semangat Malaysia MADANI apabila setiap sen dibelanjakan memberi manfaat sebenar kepada rakyat,” kata Kor Ming.



