321 pelatih RELASIS ditauliah sebagai Pegawai Sukarelawan Muda

Oleh Zihan Zari

ARAU – Seramai 321 pelatih Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) dari 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah ditauliahkan sebagai Pegawai Sukarelawan Muda dalam Majlis Pentauliahan RELASIS 2025 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, dekat sini baru-baru ini.

Majlis pentauliahan Pegawai Sukarelawan Muda itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Lokman Effendi Ramli.

Yang hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UniMAP; Prof. Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah; Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Hj. Mohd. Daud Isa; Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), RELA dan UniMAP; Komander RELASIS; Adjutan RELASIS; Pegawai Penyelaras serta ibu bapa/ waris pelajar.

Dalam ucapannya itu, Lokman Effendi berkata, RELASIS bukan sekadar pasukan beruniform, malah merupakan platform strategik bagi membangunkan jati diri mahasiswa dan menyemai nilai patriotisme.

Selain itu, melahirkan pelapis kepimpinan muda yang berpegang teguh kepada integriti, sebagai ejen perpaduan di dalam masyarakat, serta menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing.

Menurut beliau, selaras dengan Konsep Malaysia Madani yang menekankan nilai-nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, RELASIS berperanan dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat, serta saling menghormati.

Katanya, sejak 2010, RELASIS menjadi platform membimbing mahasiswa menghayati semangat kesukarelawanan, disiplin, kepimpinan dan patriotisme.

“Sehingga September 2025, lebih 1,870 RELASIS berdaftar, melibatkan 31 buah
IPTA /IPTS dengan purata 649 anggota aktif setiap tahun menyertai pelbagai aktiviti komuniti, latihan dan program kemasyarakatan, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, empat individu cemerlang telah menerima Anugerah Pelajar RELASIS Terbaik mengikut kategori:

  1. Keseluruhan Terbaik – Muhammad Faiz Mohd Fairuz (Politeknik Banting)
  2. Kepimpinan Terbaik – Muhammad Danish Haikal Nor Jamal Efandi (Politeknik Kota Bharu)
  3. Disiplin Terbaik – Ali Imran Mohd Yus Jawarry (Politeknik Kota Bharu)
  4. Kawad Terbaik – Muhammad Haris Ikhwan Mohd Hafiz (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)

Turut disampaikan penganugerahan Pangkat Ahli Kehormat Bersekutu RELA (AKBR) RELASIS dan Pingat RELA.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat