Gadis bawah umur dikenakan tindakan seks suka sama suka, hanya pandangan peribadi Ketua Polis Kelantan – Menteri KDN

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung kes seksual bawah umur dengan kerelaan atau suka sama suka sekadar pendapat peribadinya.

Beliau berkata, apa yang disampaikan Ketua Polis Kelantan itu adalah berdasarkan angka dan statistik yang berlaku di negeri berkenaan.

“Itu pendapat dia. Kekal sebagai pendapat dia dulu. Belum sampai untuk saya bagi komen apa-apa.

“Datuk Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di Kelantan.

“Bahawa bila perbuatan itu berlaku, ada konsensual. Itu pandangan beliau. Beliau bagi pandangan,” katanya pada sidang media selepas meninjau kaunter di Ibu Pejabat JPN sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak secara percuma lapor BH pada Selasa.

Polis Kelantan sebelum ini mencadangkan undang-undang sedia ada diteliti semula khususnya dalam kes hubungan seksual bawah umur dengan kerelaan atau suka sama suka supaya tindakan tidak hanya ke atas pelaku sahaja, sebaliknya turut dikenakan terhadap pasangan mereka.

Mohd Yusoff dilaporkan berkata statistik menunjukkan hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka, bukannya paksaan.

Sehubungan itu beliau menyarankan undang-undang sedia ada perlu diperhalusi semula supaya masyarakat lebih memahami kesan sesuatu kesalahan, sekali gus membantu membendung peningkatan kes pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Saifuddin menempelak segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi yang cepat mengeluarkan kenyataan dan mengecam isu terbabit.

“Kalau bagi pandangan sampai bergegar satu negara, apa hal? Jadi ada kalangan sejuk, ada kalangan tak sejuk. Tapi apakah pasti (cadangan itu) sudah dibentangkan dalam parlimen, sudah dilakukan, dibuat libat urus, sudah dibuat pindaan, tak ada akta berkaitan, tak berlaku pun. Jadi biarlah.

“Saya tengok Lawyers for Liberty pun cabar. Lawyers for Liberty buat itu cepat. Polis kena baling batu, senyap. Seolah-olah hak asasi hanya pada orang tertentu sahaja.

“Polis luka, kena baling serpihan batu, senyap, sepi. Tak ada satu ulasan pun daripada kumpulan ini. Nak jadi pejuang hak asasi ini, kena jadi semua,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat