“Orang berada nikmati subsidi lebih, risiko ketirisan petrol kerana tak semua perlukan kuota 300 liter petrol – Rafizi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berpendapat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa semua rakyat Malaysia akan menerima siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter bagi subsidi petrol RON95 menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang berkuat kuasa 30 September ini bersifat tidak adil.

Menjelaskan ketidakadilan yang dimaksudkannya ialah golongan lebih berada mempunyai lebih banyak kenderaan dan setiap orang dewasa dalam isi rumah itu kemungkinan mempunyai lesen dan kenderaan sendiri.

Justeru kata Rafizi, jumlah subsidi yang pergi kepada kumpulan berada adalah lebih besar berbanding jumlah subsidi kepada kumpulan kurang berada.

“Dari perspektif menyasarkan semula subsidi, pendekatan yang diambil ini bukanlah menyasarkan semula subsidi, tetapi mengehadkan subsidi,” tegas Ahli Parlimen Pandan itu. Menurut Rafizi lagi, adalah tidak mustahil wujud pula ketirisan baru.

“Mereka yang tidak memerlukan kuota bulanan 300 liter boleh membeli pada harga subsidi dan dijual balik. Mereka yang diberikan kemudahan petrol bersubsidi tanpa had seperti pemandu e-hailing juga boleh membuka risiko ketirisan petrol bersubsidi dibeli pada jumlah yang banyak untuk dijual di pasaran gelap.

“Keputusan telah dibuat dan saya pasti perkara-perkara yang saya sebutkan tadi diketahui oleh Kementerian Kewangan yang memilih kaedah ini.

“Kita hanya akan dapat mengesahkan kesan keseluruhan kepada kedudukan fiskal negara, matlamat penyasaran dan risiko ketirisan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan dari sekarang,” ujar beliau.

Selain itu, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, memandangkan kuota diberikan kepada setiap orang tidak kira kedudukan kewangan, kemungkinan besar jumlah penggunaan minyak tidak akan turun mendadak.


“Kerajaan juga perlu menambah subsidi untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.99 seliter, jadi kiraan kasar saya bil subsidi kerajaan akan tetap berlegar sekitar RM10 ke 15 bilion setahun bagi 2025 dan 2026.
“Oleh itu, kesan kepada pengukuhan kedudukan fiskal tidaklah sebesar yang diunjurkan oleh penganalisi pasaran seperti sebelum ini,” katanya.

Menjawab adakah langkah ini akan menjimatkan jumlah subsidi RON95 yang dibelanjakan negara akan mengurangkan keperluan berhutang kata beliau – oleh kerana kuota diberikan kepada setiap orang tidak kira kedudukan kewangan, kemungkinan besar jumlah penggunaan minyak tidak akan turun mendadak.

Mengenai adakah langkah terbaru kerajaan ini akan membebankan lagi rakyat, beliau memberitahu ia bergantung kepada di mana anda berada dan dalam kategori mana.

“Bagi penduduk di luar bandar (sama ada golongan berada atau kurang berada), ia sepatutnya menjimatkan sedikit kos petrol kerana ada penurunan harga sebanyak 6 sen, sementara pola penggunaan tidak berubah.
“Kesannya ialah kepada penduduk kawasan bandar yang menggunakan jumlah petrol yang lebih untuk berulang alik.

“Manakala bagi sebuah keluarga M40 yang suami isteri bekerja dan menggunakan kenderaan sendiri, sekiranya jumlah penggunaan petrol melebihi 300 liter sebulan sebelum ini, 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘣𝘢𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘴 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯.


“𝘒𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢, 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘸𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘴𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘔40,” jelasnya.


Tambah Rafizi lagi, s𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘱𝘢𝘯𝘨𝘨𝘪𝘭 𝘵𝘳𝘢𝘥𝘦-𝘰𝘧𝘧, 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘮𝘪𝘵𝘬𝘢𝘯.


“𝘛𝘳𝘢𝘥𝘦-𝘰𝘧𝘧 𝘶𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘴𝘦𝘳 𝘦𝘹𝘱𝘦𝘳𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘵𝘳𝘰𝘭. 𝘉𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘴𝘦𝘴 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘱𝘦𝘵𝘳𝘰𝘭 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵𝘶𝘳 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳, 𝘬𝘦𝘤𝘶𝘢𝘭𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘴𝘵𝘦𝘴𝘦𝘯 𝘮𝘪𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘥 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘱𝘢𝘮,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat