Subsidi 300 Liter RON95: Majoriti Rakyat Makin Jimat

Langkah kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM2.60 seliter tetapi mengekalkan subsidi untuk 300 liter pertama pada harga RM1.99 setiap bulan dijangka menguntungkan majoriti rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik penggunaan bahan api, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya pemilik kereta segmen kecil dan sederhana hanya menggunakan antara 150 hingga 250 liter petrol sebulan. Dengan itu, kuota 300 liter pada harga subsidi dianggap lebih daripada mencukupi untuk majoriti pengguna harian.

Malah, bagi pengguna motosikal, jumlah 300 liter itu mampu menampung perjalanan sehingga 10,000 kilometer sebulan, jauh melebihi jarak purata penunggang di bandar mahupun luar bandar.

Sebelum ini, harga RON95 ditetapkan pada RM2.05 seliter untuk semua pengguna tanpa mengira tahap penggunaan. Dengan dasar baru ini, pengguna hanya membayar RM1.99 seliter untuk 300 liter pertama, iaitu penjimatan 6 sen setiap liter.

Harga Pasaran Untuk Penggunaan Tinggi

Hanya mereka yang melebihi had 300 liter sebulan contohnya pengguna kereta besar, perjalanan jauh setiap hari, atau syarikat perlu membayar harga penuh RM2.60 seliter untuk baki liter seterusnya.

Ini memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasaran dan mengelak ketirisan yang selama ini dinikmati oleh pengguna berpendapatan tinggi atau pihak tidak layak.

Subsidi Lebih Adil dan Mampan

Kerajaan menegaskan pendekatan subsidi bersasar ini penting bagi mengurangkan beban fiskal negara tanpa mengorbankan kepentingan rakyat.

Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan keyakinan pelabur dan penarafan kredit antarabangsa kerana subsidi dikawal dengan lebih telus.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat