Pemain Bola Sepak Itali Kutuk Israel Sepanjang Perlawanan

KUALA LUMPUR – Aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Itali dan Israel bertukar menjadi medan kecaman apabila pemain-pemain Itali dilaporkan mengejek dan mengutuk Israel sepanjang 90 minit perlawanan.

Israel yang tewas tipis 5-4 kepada skuad Azzurri mendakwa dihina dengan kata-kata kasar sejak wisel pertama ditiup. Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma antara yang disebut menjadi pencetus apabila dikatakan mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemain Israel, sebelum beberapa rakan sepasukannya turut menyertai.

Kapten Israel, Eli Dasa mengakui pasukannya “sangat emosional” selepas wisel penamat, namun cuba meremehkan insiden itu dengan menyebut ia “sekadar sebahagian daripada bola sepak.”

Namun media Israel sendiri melaporkan bahawa ejekan berterusan itu mencerminkan kebencian yang semakin meluas terhadap rejim Tel Aviv di pentas antarabangsa – bukan sahaja dalam politik dan diplomasi, bahkan kini meresap ke gelanggang sukan.

Kami Malang Satu Kumpulan Dengan Israel

Perseteruan ini sebenarnya bermula sejak Isnin lalu apabila legenda Itali, Gennaro Gattuso menyatakan bahawa pasukannya “malang” kerana diundi menentang Israel dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia.

Dalam satu wawancara, Gattuso mengaitkan perlawanan itu dengan konflik berdarah di Asia Barat:

“Sungguh memilukan melihat orang awam dan kanak-kanak menderita sebagaimana yang berlaku sekarang. Kami sekadar tidak bernasib baik berada dalam kumpulan yang sama dengan Israel. Apa yang kami lihat sangat menyakitkan, itu sahaja yang mampu saya katakan.”

Kenyataan Gattuso menambahkan lagi dimensi politik terhadap perlawanan ini, sekali gus memberi gambaran jelas bahawa simpati masyarakat sukan terhadap rakyat Palestin semakin terbuka.

Solidariti Tersirat Buat Palestin

Lebih memburukkan keadaan, beberapa pegawai skuad Itali hanya meminta maaf secara peribadi selepas perlawanan, manakala Persekutuan Bola Sepak Itali enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Tindakan berdiam diri itu dilihat sebagai isyarat jelas penolakan moral terhadap Israel.

Di tengah gelombang kecaman dunia terhadap kekejaman di Gaza, insiden ini dianggap simbolik – bahawa Israel tidak lagi dihormati, malah dicemuh walaupun di padang bola.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat