MFRDMD, DOF laksana kajian pentaksiran ikan pelagik di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Oleh Zihan Zari

SERI MANJUNG – Marine Fishery Resources Development and Management Department (MFRDMD) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan melaksanakan kajian pentaksiran sumber perikanan (pelagik) di Pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula pada 9 hingga 19 September 2025.

DOF dalam kenyataan berkata, kajian ini bagi memperoleh sokongan dana daripada Japanese Trust Fund melalui kapasiti bawah Southeast Asia Fisheries Development Centre (SEAFDEC)/MFRDMD sebagai jabatan teknikal serantau yang bertanggungjawab menjalankan kajian berkaitan pengurusan sumber marin di Asia Tenggara.

“MFRDMD merupakan salah satu daripada lima jabatan teknikal di bawah SEAFDEC, dan Malaysia melalui DOF merupakan negara hos bagi MFRDMD.

“Jabatan teknikal lain di bawah SEAFDEC ialah Aquaculture Department (AQD) yang dihoskan oleh Filipina; Marine Fisheries Research Department (MFRD) yang dihoskan oleh Singapura; Training Department (TD) yang dihoskan oleh Thailand; dan Inland Fisheries Resources Development and Management Department (IFRDMD) dihoskan oleh Indonesia, ”kata kenyataan itu.

Katanya, selain Malaysia, keanggotaan SEAFDEC terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Jepun, Lao PDR, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Kajian ini antara lain melibatkan aktiviti survei menggunakan vesel M.V. SEAFDEC 2 bagi pengumpulan data dan sampel ikan pelagik di perairan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, bertujuan untuk menilai status stok perikanan negara.

“Maklumat ini amat penting bagi
membolehkan DOF, selaku agensi tunggak dalam pengurusan sumber perikanan negara, memberikan nasihat yang berasaskan bukti saintifik terkini kepada Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam menetapkan dasar dan hala tuju industri perikanan negara,”kata kenyataan itu lagi.

Ujarnya, M.V. SEAFDEC 2 juga telah digunakan dalam menyokong pelaksanaan dalam pelaksanaan survei perikanan dan oseanografi di perairan ASEAN, termasuk perairan Malaysia pada 2014-2015, 2016 dan 2020.

“Kajian ini juga melibatkan penglibatan dan kerjasama penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP), DOF.

“Selain MFRDMD dan IPP Kampung Acheh, kajian ini turut melibatkan pasukan penyelidik teknikal daripada SEAFDEC Training Department dan Hokkaido University,”ujarnya lagi.

Tambahnya, Malaysia, selain memperoleh manfaat dalam mengumpul maklumat untuk
tujuan pentaksiran stok perikanan ikan pelagik.

Selain itu, memperoleh manfaat dalam aspek pembangunan kapasiti dan kepakaran teknikal melalui penglibatan kumpulan pakar daripada SEAFDEC TD dan Hokkaido University, khususnya pendekatan biologi yang mengintegrasikan sains hidroakustik perikanan bagi menambah baik parameter pentaksiran sumber perikanan.

Dalam pada itu, sebagai pembukaan kepada pelayaran survei penyelidikan ini, DOF dengan kerjasama MFRDMD telah mengadakan majlis perasmian di Seri Manjung, dekat sini pada 9 September lalu yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Yeo Moi Eim; Pengarah MFRDMD, Abd Haris Hilmi Ahmad Arshad; dan Ketua Seksyen Ekonomi, Kedutaan Jepun di Malaysia, Kiyomi Hyoe.

Hadir sama, wakil daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), KPKM, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, IPP DOF, dan Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Perak.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat