KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi Anutin Charnvirakul untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri baharu Thailand.
Dalam kenyataan di Facebook, Anwar menzahirkan kegembiraan kerana Anutin merupakan sahabat lama yang sentiasa bersamanya dalam saat susah dan senang.
Anwar turut menjemput Anutin untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting, termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN.
Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu dan beliau berhasrat untuk bertemu dengan Anwar sejurus selepas itu.



