“PRU16 Kita Rampas Semula Putrajaya” – Hamzah

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan tekad parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU Malaysia kali ke-8 hari ini, beliau mengingatkan seluruh ahli bahawa kesetiaan kepada parti dan kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kunci kepada kemenangan.

“Kesetiaan kepada parti itu lebih penting daripada segala-galanya. Enough is enough, saya bukan pengkhianat. Parti inilah tempat terakhir saya, dan saya akan mati dalam parti yang saya sayangi,” tegasnya.

Hamzah turut menolak dakwaan perpecahan dalaman, sambil menegaskan BERSATU kekal sebagai sebuah keluarga besar yang utuh walaupun berdepan pergeseran kecil.

Sebagai Pengarah Pilihan Raya BERSATU, beliau memberi jaminan bahawa jentera parti kini diperkukuh dengan strategi baharu untuk memastikan PN menang besar, termasuk di Sabah, Melaka, Johor dan Perak.

“Insya-Allah, PRU16 kita rampas semula Putrajaya. BERSATU, BERSATU, BERSATU! Perikatan, Perikatan!” laungnya menutup ucapan.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat