Reformasi Pendidikan Ambil Masa, Anak-Anak Bukan Tikus Makmal- Fadhlina Sidek

PUTRAJAYA, – Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan negara sedang berjalan dengan teratur dan mengambil masa panjang untuk menampakkan hasil, sekali gus menolak dakwaan kononnya tiada perubahan berlaku selepas lebih dua tahun beliau menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut beliau, pendidikan bukan bidang yang boleh diukur dengan untung rugi secara cepat kerana hasilnya mungkin hanya dapat dilihat selepas 10 atau 15 tahun.
“Kritik saya tidak mengapa, tetapi jangan nafikan pengorbanan dan sumbangan besar warga kerja KPM yang bekerja bersungguh-sungguh demi rakyat dan negara. Anak-anak bukan tikus makmal. Perubahan secara populis, tergesa-gesa atau membuta tuli hanya akan memberi kesan lebih buruk kepada keseluruhan ekosistem pendidikan,” katanya.

Pelan & Kurikulum Baharu Bermula 2026–2027

Fadlina menjelaskan, sebab utama KPM menunggu sehingga 2026–2027 untuk memuktamadkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026–2035 serta Kurikulum Persekolahan 2027 adalah bagi memastikan kesinambungan dasar sedia ada berjalan lancar.


“Seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Jika PPPM 2013–2025 yang kini di gelombang akhir dirombak secara mengejut, implikasinya besar kepada murid, guru dan ekosistem pendidikan,” jelas beliau.

Ketika ini, KPM sedang menjalankan jerayawara PPPM 2026–2035 di seluruh negara bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan mendapatkan maklum balas awam.

RUU Pendidikan (Pindaan) 2025: ‘Game Changer’

Beliau turut menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat yang mewajibkan pendidikan menengah sebagai langkah bersejarah.

“Dasar pendidikan menengah wajib ini bakal menjadi pemacu utama dalam menangani keciciran serta memastikan setiap anak Malaysia mendapat hak pendidikan terbaik,” tegasnya.

Tumpuan: Guru & Sekolah Daif

Bagi isu kekurangan guru, Fadlina berkata, mulai tahun ini KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melaksanakan pengambilan guru dua kali setahun, termasuk inisiatif khas untuk Sabah dan Sarawak. Sehingga Ogos 2025, penempatan guru telah mencapai 97 peratus di seluruh negara.

Projek pembangunan semula sekolah daif juga sedang giat dijalankan dengan 749 projek siap sepenuhnya, 201 dalam pembinaan, dan 227 di peringkat prabina. Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) ditubuhkan bagi memastikan setiap projek dipantau dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Isu pendidikan yang berbangkit bukan baharu, banyak yang bersifat sistemik dan memerlukan masa. Percayalah, kami sedang melakukan yang terbaik bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara demi manfaat murid, guru dan seluruh masyarakat,” kata Fadlina

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat