Hubungan erat antara sektor pelancongan Malaysia dan Arab Saudi kini membuka pintu peluang baharu untuk penggiat industri tempatan, hasil daripada penganjuran pameran perdagangan B2B oleh Saudi, Welcome to Arabia.
Lebih 150 rakan niaga pelancongan Malaysia termasuk agensi pelancongan, persatuan utama seperti MATTA, MCTA, dan BUMITRA dipertemukan dengan lebih 30 pemain industri Saudi yang hadir memperkenalkan destinasi, produk, dan pengalaman terkini.
Pameran ini bukan sahaja menumpukan kepada peningkatan pelancong Malaysia ke Saudi, tetapi juga menawarkan agensi tempatan peluang untuk membangunkan produk baharu. Antaranya:
- Umrah+ packages yang menggabungkan ibadah dan percutian.
- Pakej ke destinasi baharu seperti AlUla, Al Baha, Aseer, dan Laut Merah.
- Kerjasama logistik dengan WeXpress untuk memudahkan perjalanan jemaah.
“Kerjasama ini membolehkan agensi tempatan menawarkan pilihan lebih unik kepada pelanggan – dari pengalaman spiritual hingga percutian mewah,” kata seorang wakil MATTA.
Pameran ini turut memperkenalkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada pelancong Malaysia:
- Touch ‘n Go partnership dengan pulangan tunai sehingga 5% dan kadar tukaran Riyal masa nyata.
- VAT Tax Refund untuk pembelian melebihi SAR 500, menjadikan Arab Saudi destinasi membeli-belah lebih kompetitif.
- B2B giveaways termasuk tiket penerbangan, penginapan lima bintang, hingga pengalaman eksklusif seperti lawatan Maybach di Riyadh.
Dengan pertumbuhan 9% pelawat Malaysia ke Saudi pada separuh pertama 2025, industri tempatan dijangka meraih manfaat jangka panjang. Tambahan pula, pengumuman kemasukan Aroya Cruises pada 2026 bakal membuka pasaran pelancongan baharu dari Malaysia ke Jeddah melalui pakej kapal persiaran.
Destinasi baharu seperti AlUla, yang kini semakin popular untuk persinggahan selepas Umrah, serta kawasan tanah tinggi sejuk Abha dan Al Baha, dijangka menarik minat pelancong Malaysia yang mahukan kelainan.
Bagi penggiat industri tempatan, ini merupakan peluang emas untuk menyusun semula tawaran produk mereka – tidak hanya tertumpu kepada ibadah, tetapi juga pengalaman pelancongan lengkap yang merangkumi sejarah, alam semula jadi, dan gaya hidup moden Saudi.
Kerjasama ini akan diperkukuh lagi melalui Saudi Travel Fair 2025 di IOI City Mall, Putrajaya pada Oktober, di mana ejen pelancongan Malaysia berpeluang menawarkan pakej Umrah+ secara terus kepada pengguna.



