Mahkamah Koroner akan dengar permohonan ibu Zara Qairina diiktiraf orang berkepentingan dalam inkues

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu akan mendengar permohonan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir untuk mendeklarasikan Noraidah Lamat sebagai ibu sebagai orang berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual bermula 3 September depan.

Pasukan peguam diketuai Hamid Ismail memohon agar anak guam mereka, iaitu ibu Zara Qairina, dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Zara.

Dalam kenyataan sebelum ini, pasukan peguam memaklumkan permohonan tersebut telah difailkan pada 19 Ogos lalu di Mahkamah Koroner, lapor Sinar Harian Sabah pada Khamis,

Dalam permohonan itu juga, Noraidah melalui pasukan peguam dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi, melihat dokumen, mencadangkan dan membawa saksi-saksi sertabdokumen tambahan untuk membantu koroner.

Selain itu, mereka turut memohon agar diberikan salinan dokumen relevan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum prosiding bermula.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat