Pilihan Raya PBT agenda PH bukan agenda kerajaan perpaduan – Setiausaha Politik TPM

KUALA LUMPUR, – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii menegaskan isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sebahagian daripada agenda Kerajaan Perpaduan, sebaliknya hanya manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmada Zahid Hamidi berpendapat kenyataan beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan yang membangkitkan cadangan berkenaan dilihat tidak selari dengan kedudukan kerajaan hari ini.

“Pilihan Raya PBT adalah agenda dan manifesto PH. Ia tidak termasuk dalam agenda Kerajaan Perpaduan. Hari ini kerajaan terbentuk bukan atas majoriti PH. Jika mereka menang majoriti seperti pada 2018, bolehlah mereka laksanakan manifesto itu,” katanya.

Razlan menambah bahawa sehingga kini, cadangan pelaksanaan Pilihan Raya PBT bukanlah perkara mendesak atau perlu dipertimbangkan oleh kerajaan.

Malah, beliau membangkitkan kegagalan pelaksanaan kuota Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) sebagai bukti bahawa aspek asas pun belum dapat ditunaikan.

“Nak melaksanakan kuota MPPWP pun tidak berjaya, pekeliling yang dirangka secara bertulis pun tidak diikuti! Eloklah fokus kepada kerja kebajikan dan pembangunan sosial rakyat daripada membangkitkan perkara melangit yang belum tentu rakyat mendapat manfaatnya,” tegas beliau.

Tuntutan untuk mengembalikan Pilihan Raya PBT mula mendapat perhatian selepas PRU14 pada 2018 apabila PH menawan Putrajaya. Cadangan itu antara manifesto PH bagi mengembalikan semangat demokrasi di peringkat tempatan.

Namun, pelaksanaan pilihan raya tersebut tidak pernah menjadi kenyataan sepanjang pentadbiran PH kerana mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik lain yang berpendapat ia boleh menimbulkan isu perkauman, kos pentadbiran tinggi serta risiko ketidakstabilan politik tempatan.

Sejak itu, cadangan tersebut beberapa kali timbul semula, termasuk selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, tetapi sehingga kini masih tidak ada kata sepakat di peringkat kerajaan untuk merealisasikannya.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat