Pembangkang akan anjur himpunan mega bantah keangkuhan kerajaan bentang RUU URA – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pas bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk turun menyertai himpunan mega bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 sekiranya kerajaan masih enggan mendengar pandangan Pas dan pelbagai pihak.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, PN telah menyatakan bantahan awal semasa bacaan kali pertama, dan ia disusuli dengan pelbagai siri ceramah serta sesi penerangan oleh pelbagai pihak.

“Namun, sikap Menteri KPKT daripada DAP (Nga Kor Ming) yang bertanggungjawab dalam hal ini amat angkuh.

“Pas akan terus membantah, dan keangkuhan Menteri serta kerajaan perlu ditegur melalui himpunan aman oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum di seluruh negara.

“Pas bersama rakan-rakan dalam PN akan menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk turun menyertai himpunan mega bagi membantah akta ini sekiranya kerajaan masih enggan mendengar pandangan Pas dan pelbagai pihak. Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat,” tegas beliau.

Kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, Pas berpandangan bahawa terdapat pelbagai kelemahan, permasalahan dan kesan jangka panjang terhadap perpaduan serta keharmonian hidup rakyat Malaysia akibat pelaksanaan URA.

“Justeru, Pas menggesa agar kerajaan menghentikan serta menarik balik pelaksanaan URA dengan segera. Pandangan ini bukan pandangan Pas semata tetapi ia turut disokong oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu.

“Walaupun ia menyaksikan bantahan terbesar kepada sesuatu rang undang-undang (RUU) berbanding pelbagai RUU sebelum ini, kerajaan seolah-olah memekakkan telinga terhadap pelbagai permasalahan besar berkaitan URA.

“Sikap kerajaan yang dilihat angkuh dan langsung tidak mempedulikan pandangan pemegang taruh serta rakyat terbanyak,” bidas Tuan Ibrahim lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat