Pemuda Umno Johor sokong Majlis Perbandaran Pontian, jadi iktibar pasang bendera Malaysia dengan sempurna

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno Johor menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah klinik gigi di Pontian baru-baru ini yang telah memasang bendera secara terbalik.

Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros menegaskan, tindakan MPPn ini wajar dijadikan suatu pengajaran penting yang wajar dijadikan iktibar oleh semua pihak dalam memastikan bendera Malaysia sentiasa dipasang dengan sempurna, lebih-lebih lagi dalam negara menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-68.

“⁠Pemuda Umno Johor yakin pihak MPPn telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan dalam bidang kuasa yang diperuntukkan MPPn sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat