KPKT selesai 31 projek terbengkalai, 21 lagi mengikut jadual

KUALA LUMPUR — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) berjaya menyiapkan 31 projek terbengkalai setakat 30 Jun tahun ini, manakala 21 lagi sedang dibina mengikut jadual.

Timbalan Menteri, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, usaha berterusan TFST membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani isu projek perumahan yang menjejaskan pembeli.

“Pencapaian ini adalah bukti keberkesanan pendekatan bersepadu Kerajaan MADANI bersama agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan dan penyedia utiliti. Kita akan terus bekerja sehingga matlamat sifar projek terbengkalai menjelang 2030 tercapai,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Jelasnya sehingga akhir Jun, TFST memantau 233 projek lewat, 360 projek sakit dan 109 projek terbengkalai di seluruh negara.

“Berbanding April lalu, jumlah projek sakit meningkat daripada 339 kepada 360, projek lewat kekal 233, manakala projek terbengkalai menurun daripada 114 kepada 109.

“Sejak TFST ditubuhkan pada 2023, sebanyak 1,171 projek berjaya dipulihkan melibatkan 139,848 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM113.55 bilion.

“Bagi tahun ini sahaja, 244 projek telah disiapkan membabitkan 27,101 unit rumah bernilai RM21.07 bilion,” ujarnya.

Beliau berkata antara kejayaan terbaharu ialah pemulihan Projek Residensi Hektar Gombak yang menerima suntikan dana RM125 juta daripada sebuah institusi kewangan tempatan.

“Kerja pembinaan semula bermula 30 Julai lalu dan dijangka siap pada 2027 oleh kontraktor baharu, Bina Permai Sdn. Bhd.

“Projek terbengkalai yang telah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) tahun ini termasuk Taman Meru Makmur dan Pangsapuri Impian Meru di Klang, Taman Mega 1 di Kerteh, Taman Desa Kempas Fasa 3 di Tebrau, dan Taman Megah Edora di Bachok.

“TFST akan terus turun padang setiap tiga bulan untuk memantau kemajuan. Setiap projek yang dipulihkan bermakna ratusan keluarga dapat kunci rumah mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat