AGC setuju jalankan inkues tentukan punca kematian Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Setelah meneliti laporan siasatan yang dijalankan polis, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menjalankan prosiding inkues bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

AGC dalam kenyataan pada Rabu berkata, proses inkues berkenaan akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.

“Setelah jabatan ini (AGC) meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

“Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang,” kata AGC.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat