Puad dakwa Lian Ker jadi batu api keras desak MCA keluar BN

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarakshi wujud batu api dalam MCA yang berkeras mendesak komponen Barisan Nasional (BN) itu keluar gabungan itu,

Tanpa berselindung Puad menamakan bekas naib presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai individu yang mendesak MCA meninggalkan BN.

“Dalam MCA wujud personaliti yang berkeras mendesak MCA keluar dari BN. Antaranya Ti Lian Ker. Dia kata BN adalah “cangkerang kosong”. Dia jadi batu api kerana ada muslihat sendiri.

“Ti Lian Ker masih bernafsu besar. Dia mahu bertanding di PRU-16 akan datang. Peluang tertutup rapat bagi dirinya jika BN bekerjasama dengan DAP. Lagi pun peluang menang lagi cerah jika dapat undi solid daripada Pas.

Berbanding Gerakan, Lian Ker yakin Pas akan pilih MCA yang jauh lebih berstruktur. Pas sanggup pinggirkan Gerakan, dakwa Puad.

Pun begitu, Lian Ker membidas kenyataan Puad yang beliau kononnya cuba mendesak parti keluar daripada BN atas ‘agenda peribadi’.

Beliau berkata berbanding nafsu mencari kedudukan atau kerjaya politik, beliau lebih cenderung membawa keadilan serta menegakkan semangat undang-undang.

“Mungkin Puad sengaja bermain politik tetapi saya jenis berterus-terang dengan kesanggupan mengambil risiko politik walaupun terpaksa mengorbankan kerjaya politik peribadi saya.

“Itulah saya dapat bertahan dalam politik tanpa bertanding dalam mana-mana pilihan raya sejak tahun 2008 apabila saya dicantas dalam parti kerana penyokong saya bukan Umno atau MCA, tetapi mereka yang percaya pada politikus yang berterus-terang dan bersahaja seperti saya,” catatnya di Facebook.

Tambahnya, mungkin Puad kurang faham dengan kenyataan beliau sebelum ini, yang mana ia suatu penentangan terhadap UmDAP dan bukannya terhadap Umno atau BN.

“Kalaulah UmDAP berjaya menjadi satu gabungan politik, ini adalah satu ‘signal’ bahawa DAP akan menggantikan MCA dan MIC di mana BN cuma akan menjadi cengkerang kosong.

“Ini juga akan bermakna berakhirlah BN apabila UmDAP menjadi pengganti BN. Mungkin Puad mahu lihat BN dikuburkan dan diganti dengan UmDAP?” katanya.

Puad berkata demikian selepas Lian Ker berkata MCA mesti memutuskan sama ada ingin keluar atau kekal dalam BN memandangkan Umno dan DAP menjalin hubungan yang lebih erat.

Lian Ker, ketua MCA Kuantan, berkhidmat sebagai Adun selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008.

Beliau tidak bertanding pada PRU 2022 walaupun ditawarkan peluang di kerusi Parlimen Indera Mahkota, sambil berkata beliau sebaliknya lebih bersedia bertanding di kerusi Raub atau Kuantan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat